Friday, September 7, 2012

Kereta Mati!

Salam semua...

Hari ini nak cerita sedikit tentang shooping time di Jusco Perda, Pulau Pinang. Semalam 6hb September bukan main lagi plan dengan kwan sorang nie namanya Mat Kot, nak keluar awal lepas solat jumaat,,tapi nak dijadikan cerita, jam 6 petang baru kami gerak ke Penang dari Kedah nie....hehe

Ermm dalam kereta plak bukan main pasang lagu nasyid kuat2 sambil menyanyi bising dengan si Mat Kot tuu...tetibe, while on travelling, mat kot plak cakap yang die x tahu area mane Jusco tuu dan di mane...haha Aku lagi lah x tahu...kui3

Then teringat aku ada sahabat yang menuntut di UiTM Pulau Pinang, so contact lah die, namanye Rozali...So die cakap nak join, and semestinye die tahu di mane Jusco itu...kui3 Akhirnya kami sampai ke Jusco time magrib tuu..terus g solat dulu di surau Jusco dan terusss Aku dan Mat Kot geledah satu Jusco untuk cari baju2 yang berkenan...cari yang murah2 dah lew...ehhe Penat Zali melayan karenah kami nie sbb die just datang teman je, akhirnye die akur yang kami memang cerewet dalam memilih pakaian,...die pun pergi membawa diri ke sebuah kerusi dekat depan kedai baju tuu dan stay situ sampai kami dah habis shopping...waduh2 hehe

Then aku da dapat baju dan Mat Kot pun bukan main beli sampai 2 pasang baju jgk! ehe...terus kami keluar ke kereta dan bergerak g makan, makan di sebuah kedai makan tepi jalan nie, sedap Koew Teow Tom Yam nye...masammnyee pergghh!!! Terangkat! :p

Then bile semua dah siap makan, kami pun ke kereta tuk pulang....Tiba2, huhu enjin plak xnak hidup... huhu So terpaksalah amik tindakan lain iaitu tolak keretaa...TolaakkK!!!! Tolaaakkk!!! Tolaaakkk!!! hahaa....Mat Kot dan Zali tolak dan aku di dalam kereta dan akhirnyaaaaa....hidup jgk enjin nie haa... huhu segan plak kat diorang... nie laa kereta yang dah lama... hadhuiiii :p

Dah selamat hantar Zali ke UiTM kampusnye tuu... Aku dan Mat Kot pun meneruskan perjalan pulanggg...kui3 di Jusco tadi, sempat lagi posing2 dalam fitting room dengan baju2 bagai kui3



Baju 1.


Baju 2.


Baju 3.



Wednesday, September 5, 2012

3 JENIS UJIAN


Terdapat tiga jenis musibah (walaupun pada dasarnya adalah sama) tetapi ia adalah berbeza berdasarkan kepada keadaan penerima dan bagaimana tindakan yang diambil ketika ditimpa musibah itu.

1. KAFARAH

Berlaku ke atas orang yang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan atau kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.

Maka musibah ini diturunkan sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas di dunia untuk melepaskannya daripada siksaan di akhirat. Musibah ini lebih adalah lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.


Ringkasnya, kafarah adalah "ujian untuk orang baik yang berbuat jahat". Dengan ujian itu, orang baik akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat dan mendapatkan keampunan-Nya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan Kami(Allah) timpakan mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (surah al-Zukhruf 43:48)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini kepada beberapa golongan. Antara mereka ada yang soleh dan ada yang tidak sedemikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik - baik dan bencana yang buruk - buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." (surah al - A'raf: 168)


2. BALA

Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah s.w.t datangkan musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak. Orang yang sebegini akan diseksa dua kali, pertama di dunia dan kedua di akhirat.

Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian kepada "orang jahat yang berbuat jahat". Ummat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum diseksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud : "Maka masing - masing (mereka) Kami seksa disebabkan dosanya, maka antara mereka Kami kirimkan kepadanya hujan batu kerikil dan antara mereka yang ditimpa letupan suara yang menggempakan bumi, dan ada yang Kami tenggelamkan di dalam laut, dan ingatlah, Allah sekali kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (surah al-'Ankabut 29:40)

3. IBTILA'

Musibah yang dikenakan ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan. Musibah ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba- hamba-Nya yang taat. Dengan musibah, mereka mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, pahala bersangka baik dan sebagainya.

Jika tidak diuji, bagaimanakah hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah daripada ALlah? Dengan bentuk ujian inilah ada dalam kalangan rasul yang ditingkatkan kepada darjat 'Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa) - yakni mereka yang paling gigih, sabar, dan tabah ketika menanggung musibah.

Ringkasnya Ibtila' ialah ujian ke atas "orang baik yang melakukan kebaikan". Golongan para Nabi, siddiqin, syuhada dam solihin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila' ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil 'brah dan hikmah daraipanya. Allah s.w.t mengingatkan melaui firman-Nya yang bermaksud :

"Apakah patut kamu menyangka kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu (ujian) penderitaan sebagaimana yang dideritai orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka yang ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan mereka diancam bahaya sehinggalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya merintih : 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?'." (surah al-Baqarah 2:214)

Bagi orang SABAR, Allah menjanjikan : :Sesungguhnya orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab." (surah al-Zumar 39:10)

Bagi orang yang SYAHID, maksud sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Orang yang terbunuh di jalan Allah (syahid) dihapuskan segala dosa melainkan hutang." (Riwayat Muslim no.4992)

NEW SONG IS COMING

Alhamdulillah, sudah selesai proses penyusunan muzik untuk lagu baru yang berjudul "Solatuwassalam" insyaAllah. Jadi sekarang nie saye dan Abang Suhaimi Saad (Ex-Inteam) sedang masing2 training dan make preparation untuk proses Recording sebabnye saye sekrang nie masih lagi dalam mood cuti. InsyaAllah dalam hujung bulan nie (September), jika tiada ape2 yang menghalang, akan siaplah recording tuuu nanti dan take time jugak nak keluar pun. :)

Untuk pengetahuan semua, untuk lagu nie saya akan feat dengan Suhaimi Inteam tu. Masing2 dah dengar lagu nie yang dah di demokan oleh Bazli UNIC, dan INTERESTING! :) Jadi, semuanye akan berjalan di bawah pengurusan UNIC Records InsyaAllah, dan Bazli akan menjadi orang penting dalam semua proses nie...juga Along Exists juga merupakan orang penting dalam penyusunan muzik.

Sekarang nie x sabar2 rasanye nak recording cepat2 moga ALLAH permudahkan semuanya dan diberikan kesihatan bagi keseluruhan untuk mendapatkan hasil yang baik, insyaAllah :)


Suhaimi Saad (In-Team)


Bazli UNIC

"Semoga usaha yang baik ini akan membuahkan hasil yang baik dan diberkati. Ameen"


PHOTO SHOOTING

Assalamu'alaikum semua. Agak lama x update blog nie.Alhamdulillah sekarang dah ada juga news2 yang baru. Tapi dalam post lain lah yew.... Saje nak kogsi kan gambar2 time shooting saje2 aritue dengan kawan2.... Untuk pics baru jer... :)






Sunday, July 22, 2012

WILL BE COMING OUT!

Assalamu'alaikum semua. Entry kali ini saye ingin menceritakan sedikit perkembangan diri dan lagu baru. Alhamdulillah...baru semalam saya dan Bazli UNIC bagi pihak UNIC Records dah pun berbincang tentang lagu baru yang bertemakan "selawat" dan alunan zikir/doa acapella. InsyaAllah saya akan terbit dengan lagu baru dan acapella tidak lama lagi. Doakan yaa!! :)

Untuk pengetahuan semua, penglibatan saya di dalam bidang nasyid bukanlah suatu yang baru dalam hidup saya kerana saya mula aktif sejak tahun 2001 ketika berusia 11 Tahun. Cumanye, tidak secara serious sehingga mendapat peluang untuk merakamkan lagu2 nasyid dibawah pengurusan UNIC Records. Menyanyi bukanlah satu cita-cita saya, ianya hanyalah hobi sekadar memenuhi kemahuan diri yang memang dah menjadi lumrah. Cita-cita saye ingin menjadi seorang Pensyarah, harap2 tercapai jugak lah yew! 

Tapi, macam yang saya pernah katakan, bidang nyanyian ini akan tetap diteruskan walaupun sekadar biasa2 saja, supaya tidak mengganggu pelajaran, kareer lain dan pengajaran nanti. InsyaAllah akan saya manfaatkan kebolehan, dan rezeki yang dikurniakan ALLAH ini dijalan yang baik. Doa kalian menjadi aset buat saya untuk terus berjaya di dalam bidang ini. InsyaALLAH :).

Thursday, July 12, 2012

FADHILAT SURAH YASIN


PERKARA-PERKARA YANG DINYATAKAN DI DALAM SURAH YASIN



- Bukti-bukti adanya hari berbangkit mensucikan allah dari sifat-sifat yang 
tidak layak bagi-nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari
kiamat atas segala perbuatannya di dunia. 


- Kisah utusan-utusan nabi isa a.S dengan penduduk anthakiyah.


- Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik;.


- Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan.


- Semua bintang- bintang di cakrawala berjalan pada garis edar yang telah
ditetapkan Allah.


- Ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba.


- Allah menghibur hati rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang 
menyakitkan hatinya.




FADHILAT SURAH YASIN


-------------------------------------------------------------------------------

Hadrat Ata ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW diberitakan telah
bersabda,”Sesiapa yng membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi
hari itu akan dipenuhi". 
-------------------------------------------------------------------------------
Dikatakan didalam sebuah hadith, “Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi alquran ialah Surah Yassin. Barangsiapa membaca Surah Yassin Allah S.W.T. Akan menulis
pahala baginya seumpama ia membaca seluruh al-quran sebanyak sepuluh kali."
-------------------------------------------------------------------------------
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah S.W.T membacakan Surah Yassin dan Surah
Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan
kepada para malaikat pun berkata,"umat dimana al-quran diturunkan akan dirahmati,
hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah
yang membacanya akan juga dirahmati. 
-------------------------------------------------------------------------------
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca Surah Yassin
semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh
itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."


-------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca Surah Yassin, ia
akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan
dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, 
akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan
binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu
membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan
mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan
maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca ke atas
perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga
baginya." 
-------------------------------------------------------------------------------


Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang
yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. 
"Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca Surah
Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah 
sesuatu, doanya akan diterima.
-------------------------------------------------------------------------------




"Siapa saja, orang muslim, tatkala akan meninggal di bacakan Surah Yassin maka
turunlah untuk setiap satu huruf sepuluh malaikat; mereka berdiri berbaris di
hadratnya memohonkan rahmat dan keampunan untuknya, pula menyaksikan
di mandikan jenazah, menghantarnya, mennyembahyangkannya juga ikut hadir
di dalam pemakamnya.

Dan siapa sahaja, orang islam, membaca Surah Yassin ketika sakratulmaut tidak
hendak mengambil rohnya sehingga kehadiran Malaikat Ridwan dengan
membawa seteguk minuman Syurga dan diminumkan kepadanya di atas
pembaringannya dan dirasakan kesegarannya ketika di ambil nyawanya juga
kesegaran kelak di dalam kubur dan ia tidak memerlukan telaga para nabi, 
hingga masuk Syurga ia selalu merasakan kesegaran.“
-------------------------------------------------------------------------------




SURAH YASIN

UNTUK KESELAMATAN DIRI YANG, SUSAH MENJADI SENANG, INSYAALLAH.

Ayat 1 - 9 - untuk keselamatan diri
ayat 9 - orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - merupakan jantung yaasiin - rasulullah s.A.W. Berharap ayat ini dihafal
oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan
mulut.
Ayat 29 - utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok
selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan allah s.W.T.
(Harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

Ayat 33 - 35 - elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.  
Tanaman akan subur.
Ayat 36 - menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka
setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering
akan hidup semula.
Ayat 38 - mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada allah s.W.T. Yang
satu.
Ayat 39 - mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - merupakan kenyataan allah s.W.T. Yang satu.
Ayat 41 - mengisahkan nabi noh a.S. Naik kapal - elok dibaca sewaktu menaiki
enderaan.
Ayat 44 - mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk dijauhkan
fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - merupakan kedegilan orang kafir kepada allah s.W.T.
Ayat 49 - menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - datang dengan tiba-tiba, tiupan ke-dua - hancur ,tiupan ke-tiga
- semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang mahsyar.
Ayat 50 - setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - merupakan salam daripada allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan
sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut
dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula
daripada ayat yang
bermaksud: "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang
padahal telah hancur?„
(Ayat 78 dan 79)
- bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
pertama kali. Dan dia maha mengetahui tentang segala makhluk.„
Ayat 82 - untuk hajat - jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan
minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt
sehingga 40 hari. Caranya: sembahyang tahajjud
(3x) berturut-turut.


AYAT 9 - "WAJA'ALNA...."
• LINDUNGI RUMAH DARI PENCURI - BACA DAN TIUP DI TIAP-TIAP PENJURU
RUMAH.
• LINDUNGI DIRI DARI DIANIAYA
• BAGI PERLINDUNGAN DIRI DAN RUMAH SEMASA TIDUR
• BACA AYAT 9
• FATIHAH
• READ 3 QUL (THREE TIMES EACH)
• AYAT KURSI


AYAT 29 - "IN KANAT ILLA...."
• UNTUK MENDIAMKAN ORANG YANG SELALU MELEMPAR KATA-KATA
BURUK/TIDAK MENYENANGKAN KEPADA ANDA.


AYAT 36 - "SUBHANALLAZI..“
• UNTUK CARI JODOH * TIUP 7 KALI DALAM TANGAN DAN SAPU KE
MUKA PADA PAGI HARI • YA WADUD (3X)



AYAT 58 - "SALAMUN..."
• JIKA SAKIT ANGGOTA
• TAK TENANG HATI
• BACA (7 X) DAN GOSOK PADA TEMPAT SAKI


AYAT 76 - "FALAYAHZUN.."
• BILA RASA SEDIH
• UNTUK MENENANGKAN HATI
• GOSOK JANTUNG SAMBIL BACA


AYAT 78 - 79 "DARI YUHYIL WAHIYA..."
• TULANG PATAH
• SAKIT SENDI
• SAKIT LUTUT


AYAT 82 - "INNAMA AMRUHU.."
• JIKA MANDUL
• UNTUK MENGUBATI KANSER ATAU TUMBUHAN DALAM BADAN










Wednesday, July 11, 2012

"CITA DAN HARAPAN" CALLER RINGTONE

Assalamu'alaikum semua. Ape khabar..??? Ok, kali ini saye nak berkongsi perkembangan terbaru lagu saye yang berjudul "Cita dan harapan".

Alhamdulillah lagu "Cita dan harapan" dah kuar Caller Ringtones nye dan available untuk semua pengguna Maxis, Celcom, Digi dan UMobile. Jadi ape tunggu lagi,...Jom!!! Dapatkan sekarang! hehe

Nanti saya akan uploadkan preview untuk ringtone nie yew... :)

Untuk muat turun:

Rangkaian 1: Celcom CMT
CMT Code: 163293
Cara Muat Turun: Dial *888*# and press CALL/SEND

Rangkaian 2: Maxis CRT
Code: 270758
Cara Muat Turun:
Dail *131* Code # and press call/ send.
E.g.: *131*12345# and press call/send

Rangkaian 3: Digi RBT
CT Code: 0164403
Cara Muat Turun:
Type CT and SEND to 2000
i.e CT 0137859 and SEND to 2000 



Rangkaian 4: U-Mobile CT ID
CT Code : 384422
Cara Muat Turun :
Type CT and SEND to 28118
i.e  CT324485 and SEND to 28118


Kongsi dengan rakan2 yaaa...! :) 


 COVER PHOTO ADVERTISMENT


PROMOTION POSTER.

Monday, July 9, 2012

PERTANDINGAN CIPTA LAGU NASYID SEMPENA FESTIVAL RAMADHAN 2012

Salam, maaf lama tak update blog... hehe Kali nie tak nak panjang2 sebab just nak inform tentang pertandingan mencipta lagu nasyid sempena bulan ramadhan 2012 nie oleh IKIM. So jom3 yang berbakat tuu, kite asah bakat... ehhee

Borang leh download kat sini... BORANG.

Monday, May 14, 2012

Pre-Convocation UiTM ke-76

15hb Mei 2012, Aku dan kawan2 Roy, Syahirah dan Maknunah pun memulakan perjalan untuk bergambar2 pre-convocation sebelum Majlis Rasmi keesokannya, 16hb Mei 2012 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor.

Dalam keserabutan yang aku alami sekarang nie gara-gara isu yang membabitkan aku nye post dalam FB tuu, aku cuba untuk senyum dan kawan2 tak putus memberikan aku semangat sebab berape hari je lagi nak konvokesyen. Dan aku pun student UiTM jugak. So, rasanye dengan bergembira dengan pre-convo nie dapat lah aku senyum2 dengan kawan dan lupakan sekejap ape2 isu yang melibatkan diriku di luar sana, mungkin ramai yang x puas hati kan,...tapi aku akan bagi penerangan tuk post seterusnya.. Thanks... Dibawah nie gmbar2 pre-convo hehe









Thanks pada kawan2 yang sentiasa support dan semua penyokong ku di luar sane hehe :)




Saturday, April 14, 2012

Konsert Anugerah Nasyeed.com 2012

Salam semua... Alhamdulillah hari nie 14hb April aku dapat hadirkan diri dengan sempurna ke Dewan Muktamar Pusat Islam, KL, tuk program Konsert Anugerah Nasyeed.com yg diwarwarkan haa... ;) Memang best, live recording... Ade opening show yang sangat mantap, dari kumpulan Dendang Anak, family Muadz, MESTICA, Muadz, Far-East, dan yang paling best adalah RAIHAN...mmang mantap diorang nye show...dah pelbagaikan kreativiti tuu. Aku teruja sangat sebab aku dok sit depan sekali dengan kwan sorang lagi ha, Alam Shah. hihi Sit depan bersama artis2 dan Al-Fadhil2 yang lain. 


Bermula dari Shah Alam, kami bergerak ke Puchong ke umah akak aku, saje singgah...tapi memang nak singgah pun untuk amik baju. Then dari Puchong ke KL,...di pertengahan jalan, STUCK pulak la bawah jejantas hampir2 dengan midValler megamall tuu sebab hujan...kui3 Tak ape, semua tuu ujian, hikmah, nikmat dan hidayah dari Allah. 


Agak dah berhenti hujan tuu, kami pun meneruskan perjalanan...eh lupe nak gtau yang motor disponsor oleh kwan sorang lagi,..classmate! hehe Akhirnya perjalanan terjawab apabila dah sampai ke Pusat Islam, TV Al-Hijrah... Awal giler sampai, elok2 sampai je azan zohor pun berkumandang, terus pecut ke masjid negara untuk jemaah di sana.... Dari Masjid Negara, kami naik balik ke Pusat Islam, then turun balik, then naik balik, then turun balik...haha mencari kafeteria @ kedai makan rupanye...kui3 Bukan ape, banyak je restoran kat jalan2 haa, tapi malas nak ke luar sangat sebab takut kang salah masuk jalan, sesat lak di bandar serabut tu..kui3 :p


Then Alam pun decided untuk pergi makan di gerai makanan berhadapan dengan IPD Bukit Aman tu, betul2 dengan pintu masuk utama haa...sedap jugak nasi, ayam masak kicap pedas2 gitu dan air asam! sedap! So no wonder...hehe Lepas kenyang makan nasi, terus kami ke Pusat Islam untuk amik pas masuk yang aku menang tu...kui3 Dah amik tuu, kami pun terus ke Planetarium, x masuk pun sebab macam boring jaa...haha.. Then terus ke Taman Haiwan2 kat atas bukit tuu haa, pun x masuk jugak sebab memang tak budget pun nak masuk, just ronda2 saja... ;)


Dah agak boring kat atas tuu, kami pun turun laa ke Masjid Negara balik, kat situ sempat tidur nyenyak lebih kurang 2 jam lebih...Fuuhh!!! ahha boring punya pasal dok tunggu jam pkul 8 malam nak masuk dewan konsert...ehhe Akhirnya berakhir jugak konsert nasyeed tuu dengan jayanya.. TAHNIAH buat Nasyeed.com sebab berjaya menganjurkan program yang Best! Terbaik! Islamik! dan yang penting, saya minat Nasyeed dan Nasyeed.com! ;) heheh


Nie ade sikit gambar, xleh banyak sebab bateryy phone dah nak mati time nie, dan kamera pun x bawa...kui3


susun atur instrumental oleh ajk

masih lagi bersiap2

kumpulan Far-East @ SALAM dngan lagu tamil

Geng Dendang Anak..! Power!

RAIHAN jugak last and best sngat sebab unik! :)

Thank You ALLAH! :)

Ustaz Amal dengan mak cik yang selalu nontonya di TV :)

Eh2, sape plak nie..??? kui3... :) Gambar last nie lah yang sempat
Aku snap bersama artis MESTICA, pastu terus baterry nyawa2 ikan...kui3

Friday, April 13, 2012

Mee Udang Limpah

Makan Malam : Mee Udang Limpah


Haaa, malam nie aku nak cerita sikit pasal Mee Udang Limpah yang xtau laa melimpah ke tak... Nak dijadikan cerita, aku kat Shah Alam nie dok kolej, so makan pun kadang2 tuu pegi makan dekat Seksyen 7, dan kat situ ade kedai makan Cinta Sayang yang macam kat Sungai Petani, kedah tuu... So first time try makan kat situ, nampak macam menarik je Mee Udang Limpah nie, so aku order laa.... Sekali order, sampai sekarang if aku pegi makan dekat situ, aku akan order mee nie laa, tak makan nasi pun. hehe

Ape yang membuatkan aku order mee nie saja..??? Sebab udangnya tuu...aku suka main kupas2 kulis udang dan time tuu baru rasa puas..haha Mee nie malam2 makan baru best, tambah lak makan ramai2.... Tapi harus diingat sebab mee macam nie ramai ja boleh buat, tapi sedap tak sedap tuu memang banyak yang buat tapi tak sedap...sebab kuah nyaa.... Kuah tuu sangat penting! *ggrr haha Mee yang nie kuah nye sedap,rasa keaslian macam di Kedah tuu..hehe Selain dari Mee nie, aku suka laksa jugak. Laksa tu one omy favorite foods la jugak. Sorry dah tercampur aduk bahasa, yang penting aku happy! *bukan penting diri...hehe

So, sape2 lagi yang terbaca entry nie, dan masih belum pernah cuba lagi mee udang limpah nie, try lah yaa, if sedap, sedap laa, if tak sedap...Tak Perlu Kata Apa2...Senyum...hehe Sebab pendapat dan citarasa kite semuanya berbeza...So, Try! :)

(LIVE) Keputusan Penuh Anugerah Nasyeed.Com 2012

Keputusannya :


Alhamdulillah... Jeng Jeng Jeng!!! Keputusan dah ade...! Jom tengok :

Kategori: Nasyeed Cinta
Pemenangnya:
  1. Cuba Berikan – Ammar Hamdan
  2. Kerana Cinta – Mestica & Inteam
  3. Lagu Cinta – Varianz
  4. Saat Lafaz Sakinah – Far East
  5. Setia Seorang Isteri – Wildan
Kategori: Nasyeed Amar
Pemenangnya:
  1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees
  2. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
  3. Menuju Wawasan – UNIC
  4. Patah Hati – Saujana
  5. Syahadah – Rabbani
Kategori: Nasyeed Munajat
Pemenangnya:
  1. Layar Keinsafan – Mestica
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Menanti Di Barzakh – Far East
  4. Pergilah Dunia – Varianz
  5. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
Kategori: Nasyeed Perjuangan
Pemenangnya:
  1. Kembali Gemilang – Mestica
  2. Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
  3. Inikah Petanda – Rabbani
  4. Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  5. Mungkinkah – Asyraf
Kategori: Nasyeed Sirah
Pemenangnya:
  1. Salahuddin Al-Ayyubi – Mestica
  2. Sumayyah – Hijjaz
  3. Balqis – UNIC
  4. Ansar Muhajirin – Mu’adz
  5. Bilal Bin Rabah – All One
Kategori: Nasyeed Selawat
Pemenangnya:
  1. Binnabil Huda – UNIC
  2. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Insan Terulung – R-iF
  5. Nur Muhammad – Inteam & UNIC

Untuk kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan dan Nasyeed Selawat, pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com telah berbesar hati memberi peluang kepada para peminat untuk mengundi lagu dan artis pilihan mereka mulai 9 Mac 2012 hingga 8 April 2012.
Bagi kategori Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Video Klip Terbaik dan Anugerah Khas Khalifah Nasyeed, penilaian akan dibuat dan diadili oleh juri-juri professional yang berpengalaman luas dalam industri muzik tanahair.
Kategori: Lagu Terbaik
Pemenangnya:
  1. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
  2. Dia Muhammad – Inteam (Komposer & Lirik: Frizdan)
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
  4. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
  5. Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
  6. Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
Kategori: Susunan Muzik Terbaik
Pemenangnya:
  1. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Jauh – Mirwana
  5. Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy
Kategori: Vokal Terbaik
Pemenangnya:
  1. Mahabbah – Rabbani
  2. Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  4. Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
  5. Nurul Iman – Rabbani
Kategori: Lirik Terbaik
Pemenangnya:
  1. Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
  2. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
  3. Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
  4. Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
  5. Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)
Kategori: Video Klip Terbaik
Pemenangnya:
  1. Patah Hati – Saujana
  2. Jauh – Mirwana
  3. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
  4. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  5. Layar Keinsafan – Mestica
TAHNIAH buat semua yang menang dah tak bermakna yang tak menang tuu tak best. Semua best2, mungkin ianya dinilai dari pelbagai sudut, yang penting semua ape kita buat, kite berdakwah, di atas niat yang betul... ;)

So tak ade ape dah nak tambah... ;) Sekian...hihi

Thursday, April 12, 2012

16 Mei hari guru : Hari Konvokesyen Ku

Seronok sebenarnya bila dengar "Dah Nak Konvo!". hihi Nak citer sedikit semangat yang dah berkobar-kobar tak sabar nak konvo nie,.. Alhamdulillah selepas 3 tahun berhempas pulas untuk diploma, akhirnya aku dah tamat Diploma Sains Komputer di UiTM Kedah dengan jayanya dan akan hadir majlis konvokesyen pada 16 Mei 2012 nanti di Dewan Canselor Tuanku Agong, UiTM Shah Alam. ;)

Sekarang nie sedang belajar untuk mengahbiskan Ijazah dalam bidang Pengkomputeran netsentrik, memang bidang kegemaran aku dan pilihan utama. Nak dijadikan cerita, 16 Mei, mengingatkan aku pada kenangan2 di sekolah lama dulu. Rindu nak jumpa kawan2 dan cikgu2 semua, tukar2 hadiah dan macam2 lagi sebab itu le hari keramat Hari Guru. Dan pengalaman aku berucap sebagai wakil pelajar di hari guru di SMK Tunku Putera, Baling sangat bermakna bagi diri aku.

Dan tahun nie, asyik seronok cikgu2 di seluruh Malaysia menyambut hari guru, aku di sini akan gembira dengan hari kemenangan diploma. hehe Yang paling aku seronok sebab mak aku akan hadir nanti...tapi aku sedih sebab arwah abah aku xde...Aku yakin dan pasti, die lah orang yang akan menangis bila tngok anak die nie mendapat sesuatu kejayaan dan aku pernah tengok abah aku mengalirkan air mata. Rindu nak jumpa abah tapi memang masa nie tak akan boleh berpatah balik. Yang penting sekarang, aku sentiasa mendoakan mak dan abah aku bahagia dunia akhirat. ;) So x sabar nak konvo...untuk kawan2 yang sama tarikh, nanti kita lompat ramai2 yaa hehe ;)

Nie le gambar dewan UiTM aku! Sangat cantekk dan aku akan konvo di sini...hihi




Majlis Makan Malam Bersama menteri besar Negeri Sembilan

Salam semua... Alhamdulillah rezeki ALLAH, aku diberikan peluang dan rezeki untuk mendayung bahtera program Makan Malam Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC) 20hb April 2012 nie. Jadi di sini aku dah boleh membuka peluang untuk aku teruskan bakat dan hobi disamping aku seorang pelajar di UiTM nie..


Actually program ini anjuran bersama Persatuan Waris Adat Perpatih, UiTM Malaysia dan Yayasan Negeri Sembilan dengan belajawan yang sangat besar..wow! Terpegun kejap. Sebab pada malam itu nanti, semua anak2 negeri kelahiran negeri sembilan yang berjaya (mahasiswa) akan diberikan anugerah mengikut kategori dan seramai 70++ orang bakal menerima anugerah malam tu nanti. Jadi, aku selaku EmCee malam itu nanti akan bergandingan dengan seorang lagi EmCee hebat perempuan, Atira namanya, kami akan mengemudi majlis tersebut dengan baiknya insyaAllah...


Jadi, bertemakan batik dan korporat, aku dan Atira akan pakai baju batik warna purple. Naseb la memang ade baju batik purple...hehe InsyaAllah untuk sape2 yang di luar sana, if ade perlukan khidmat pengara majlis untuk apa jua majlis, boleh lah hubungi saya,. Disamping mengacara majlis, boleh juga saya kongsikan beberapa pengalaman sepanjang mengendalikan pelbagai program2 lain sebelum ini sama ada berbentuk islamik, riadah, sosial mahupun formal.


Tetiba teringat zaman2 menjadi Emcee dan pembaca doa time di UiTM Kedah dulu, nak tunjuk sikit gambar...hehe






Dan banyak lagi pengalaman dalam bidang nie, cumanye gambar x berape nak ok, so xyah la publish..hehe :)
By the way, If ade ape2 info, let me to know. :)

PAS MASUK PERCUMA KE KONSERT ANUGERAH NASYEED.COM



Bercakap je pasal Anugerah Nasyeed.com yang bakal diadakan nie, pihak penganjur, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, dengan berbesar hati memberi peluang kepada kita semua untuk mendapatkan tikat percuma untuk masuk ke Konsert Anugerah Nasyeed 14hb Arpril 2012 nanti!! Nak dijadikan cerita, aku lah antara orang yang menang dan dapat pas masuk percuma tuu...hehe dapat dua, dan aku ajak sorang lagi kawan nasyeed yang disayangi jugak.. :) Alam namanya. Bukan Alam semesta yaa, dan bukan Shah Alam, Selangor, tapi Alam Shah bin Khodip. Dia juga merupakan salah seorang vokalis kumpulan nasyeed Voice of Virtue sejak dari UiTM Kedah lagi. So pada yang masih x dapat tiket tuu, usaha2 lah, insyaAllah ade nye.....rezeki tuu! :O

Camne caranya..???? Haa, macam nie... 


  1. Klik LIKE di Page Nasyeed.Com (www.facebook.com/nasyeedcom)
  2. UNDI lagu pilihan anda untuk Anugerah Nasyeed.Com mengikut kategori yang dipertandingkan.
  3. Lengkapkan slogan: “Saya menyokong Anugerah Nasyeed.Com & Carta Nasyeed.Com kerana…. ” Tidak melebihi 21 patah perkataan.
  4. Emailkan Nama, No Telefon & No Kad Pengenalan anda ke karnival@nasyeed.com .

So kawan yang memang berminat tuu, jangan lepaskan peluang tau...bukan senang nak masuk free, hehe Jumpa Di Sana! :) bye2



Wednesday, April 11, 2012

BINGKISAN TAFSIRAN

Kali nie aku nak ceritakan sedikit bakat bersajak yang aku ada. Tak de la sehebat A.Samad Said dan xde lah seburuk Mr.Bean, hihi...Ape yang penting, ape yang nak kite sampaikan itu bermakna dan orang faham ape sebenarnya aku nak sampaikan. Kadang2 susah jugak berpuitis habis air liur, last2 orang x faham,..adhuii...a.p.t.b dowhh! hehe Tapi kali nie aku serius, di satu malam tuu, aku memang sedih dan aku meratapi kesedihan tuu sorang2...Punca aku sedih korang x perlu tahu sekarang...sebab if dah tahu, x payah lagi hayati sajak aku di bawah nie, hehe... So aku coretkan dari hati ke kertas, maka tercalitlah sebuah puisi "Bingkisan Tafsiran" yang bakal menyelubungi misteri hidup anda...cewaahh! hihi hayati ya kwan2, penat aku coretkan nih..kui3

"Bingkisan Tafsiran"




CITA DAN HARAPAN

“Cita dan Harapan”, itu le tajuk lagu single aku yang sulung. Hehe Alhamdulillah sepanjang hidup aku, impian aku untuk mencipta lagu, menyanyi lagu dan menggubal lirik dah makin menyinar. Even aku bukanlah seorang artis macam artis2 nasyid di luar sana, tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku dapat cabar segala bentuk halangan yang ada dalam diri aku sendiri sebab bagi aku, cabaran paling besar dalam apa jua yang kita lakukan adalah DIRI kita sendiri.

Nak dijadikan cerita, lagu Cita dan Harapan akhirnya terukir dan aku diberi rezeki oleh Allah untuk menjadi penyanyi bagi lagu nie…Sape yang xnak kan??? Hihi Aku record lagu nie dibawah unic records dan Alhamdulillah lagu nie pun diputarkan di stesen2 radio di Indonesia, di Malaysia cmne..??? InsyaAllah akan diusahakan untku dimainkan di Malaysia jugak! Buat yang banyak member sokongan tuu, Aku ucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah menjaga kita semua dengan baik hingga akhir hayat yaa…ameen. So aku nak kongsi2 lagu aku nie… hehehe

Dengar yaa!



Kisah Seni Dalam Diri


"Nak Jadi Anak Seni!"

“Menjadi seorang anak seni adalah impianku”
. Tu le ayat yang aku ingat dari aku kecik sampai sekarang. Aku nie seorang insane biase2 jer…Mencuba sesuatu yang baru, itulah diri aku yang sebenar. Dalam hidup kite nie, if kite tidak mencuba sesuatu yang baru, sampai bila pun diri kite tak akan maju. It it true!. Pada usiaku 10 tahun, maka bermulalah kisah hidup aku yang membuatkan aku ingin menjadi seorang anak seni yang berjaya. Sejak kecil abah dan mak aku dah bagi sokongan untuk aku aktif dalam pertandingan2 yang dianjurkan di sekolah, tak kira lah pertandingan tu berbentuk keislaman mahupun tak. Asal ade peluang je, aku masuk, asal aku masuk je, ade la peluang nak MENANG! Hehe… nak dijadikan cerita, bakatku untuk menjadi seorang yang kretif bermula dengan pertandingan syair dan bercerita di sekolah rendah, SK Teloi Timur, Kuala Ketil, kedah, Malaysia, Bumi. Huh!

Sekali terjebak dengan pertandingan2 bagai tuu, memang susah nak berhenti….tambah2 pulak aku yang jenis susah nak berhenti bercakap nie, haa sape yang ade kat depan aku kena la berkorban jiwa raga untuk ikhlas mendengar ape saje yang aku nak cakap. Hehe bila dah mula aktif di sekolah dengan pertandingan syair dan bercerita tu, aku pun nak cuba berpidato pulak. Alik2 menang juga pidato tu, so nampaknya aku harus kembang kan sayap pidato, syair dan bercerita aku tu..*berfikir sejenak.. mak aku ni seorang yang sangat mendorong dan membantu dan abah aku pulak always bagi sokongan moral dan duit. Lepas pada pidato, aku pun nak try masuk nasyid dan tilawah al-Quran. Nak dijadikan cerita, sekali je Allah nak kite menjadi orang yang menyampaikan dakwah-Nya di muka bumi, maka selamanya kita akan menjadi pendakwah tak kira le dalam bentuk cmne pun,asalkan berdakwah..kan??? Oppss! Back to the point, aku pun mula aktif nasyid dan tilawah sejak aku umur 10 tahun tu jugak.

Aku melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun 2003 di SMK Teloi Kanan dan setiap tahun aku mesti masuk pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Menang tak menang tu belakang cerita, yang penting SEMANGAT nak masuk tu..hehe erm bila dah aktif bidang tuu, aku pun try lagi benda baru, bersyarah pulak. Alik2 menang syarahan pulak, try lagi Khat jawi, menang jugak, try lagi pidato, menang jugak,..Ya Allah…besar sungguh rezeki Mu.! Apa yang aku ingat, semua yang aku masuk, aku ikhlas dan betul2 usaha untuk mencapai kejayaan…dan ALLAH pasti tolong dan berada dengan kita. Pernah dulu aku kena COP “Pak Lebai” sebab aku memang dok pakai lebai pi sekolah dari bangku sekolah sampai la ke Universiti. Hehe Sekarang nie aku dah aktif banyak benda, jadi aku kena stabilkan akademik aku sbb if tak nanti terabai dan lingkup habis…dowh!  Aku nye matapelajaran kegemaran adalah matematik dan BI time sekolah menengah dulu, haa 1 lagi bahasa Arab. Dan subject2 nie jugak la yang aku selalu dapat markah tinggi dan ade la jugak sikit2 anugerah dari pihak sekolah tu..hehe *bukan nak bangga tapi nak cter jaa..

Habis je pengajian di tingkatan 3, aku pun bertekad nak pergi ke sekolah menengah teknik sebab aku minat pertanian time tuu dank at umah aku boleh kata semua pokok2 bunga aku yang tanam! Haha… tapi disebabkan aku sayang abah aku jugak, maka aku turut saja katanya yang nak aku amik aliran sains dan sekarang nie baru aku tahu kenapa abah aku nak aku amik sains. L huk2 xnak citer pasal akademik, nak cter pasal seni jaa…then aku pun berpindah ke sekolah lain, SMK Tunku Putera, Baling, Kedah. kat sekolah nie lah paling banyak dan serabut aktiviti dan pertandingan aku dengan nasyid, pidato BM, pidato BI, sukan, syarahan, debat Melayu dan BI, forum, pantun, pertadingan memasak, dikir barat, sajak, koir, menyanyi, khat jawi, kuiz agama, dan jawatan2 di sekolah dan asrama. Memang hidup macam nie seronok bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi sesetengah yang lain. Macam aku nie suka hidup yang selalu sibuk sampai kadang2 orang tanya “macam mane hang susun masa hang nak belajar, nak aktif2 smua tuu??”. Jawapan aku, “Ntah!” haha… aku main redah jer, asalkan aku x lingkup tebalik sudah..kui3 Alhamdulillah smpai sekarang nie pun Allah masih lagi membimbing aku dengan baik, moga2 smpai ke akhir hayat nanti pun baik jugak..Eh macam dah nak habis pulak…kui3

Habis je aku exam SPM, aku masuk ke form 6 kejap di SMK Baling, tapi sekerat jalan jaa sebab dapat tawaran masuk UiTM Kedah, Diploma in Computer Science..impian nak masuk UIAM, tapi rezeki di UiTM, Alhamdulillah… J di UiTM Kedah, Merbok, pun aku aktif jugak sampai diundi menjadi bendahari kehormat MPP sesi 2010/2011. Aku terima seadanya…ekeke :-p kenangan manis di UiTM tuu aku dapat classmates yang mmang best sampai sekarang laa…dan aku tubuhkan kumpulan nasyid Voice of Virtue yang sangat banyak kenangan manis dengan members nasyid yang lain. Hihi rindu je kat diorang! Dan Alhamdulillah aku dah menulis beberapa buah lagu dan setengah daripadanya dah pun masuk recording. Amen. Menjelangnya tahun 2012, aku pun dah tamat Diploma dan dah mendaftar sebagai mahasiswa Ijazah dalam bidang Netcentric Computing. Pasnie main giler2 dengan system pulak laa…heeh tapi nasyid tetap nombor 1 dalam jiwa aku.! Sebab tu la inspirasi mak dan ayah aku… J dan juga keluarga aku yang selama nie banyak menyokong karier aku sebagai seorang penasyid dari bangku sekolah smpai lah sekarang. Dan Alhamdulillah lagi, rezeki Allah, aku dah pun record 1 lagu single berjudul “Cita dan Harapan” yang digubal lirik oleh Atie (Hijjaz Records Publishing), lagu oleh Bazli UNIC dan aku sebagai penyanyi nya. Hehe

Sekarang aku sebagai seorang pelajar ijazah di UiTM Shah Alam dan aku juga seorang penyanyi nasyid di sini, dan single ini juga telah masuk ke corong2 radio di Indonesia, Alhamdulillah. Sekarang nie sibuk dengan penulisan lagu2 baru, pelajaran, dan rindu nak balik kedah bila dan lama2 di Selangor nie…hehe Cita2 aku nak menjadi seorang Pensyarah yang berjaya di UiTM, dan aku nak mengajar di UiTM Kedah sebab dekat dengan mak aku, lagipun abah aku dah meninggal tahun 2009 aritu..Love You Abah! J I will always remember you,..dan sekarang aku nak stay dengan mak pulak.. sebab tu nak amik dekat2 je…hehe dan akak aku advice suruh aku apply keja di Bank, mane tahu ade rezeki kan, mane dating je aku cekau! Hehe sebab kite hari nie kena pandai cari peluang dan rebut peluang tu.. J ermm berbalik kepada bidang seni aku, walaupun aku seorang computerian, dan aku sedang focus di dalam bidang programming, tapi pada masa yang sama aku juga focus pada bidang nyanyian nasyid aku haaa, aku juga menulis lirik dan mencipta lagu. Alhamdulillah sekarang aku dah mula untuk menjejakkan kaki secara serius dalam bidang nie, dan aku harap semua orang yang mendengar lagu2 aku tuu, akan terhibur dan mendapat intipati ape yang aku nak sampaikan J huh! Panjangnya aku tulis sampai x tahu dah berape patah perkataan…cukup lah sekadar tu dulu, nanti sambung lagi yaa…hehe sape2 yang terbaca mesti ade persamaan di antara kita walaupun x banyak kn…if x same xpe laa..kui3 J bye3
 
Blogger Templates