Friday, September 7, 2012

Kereta Mati!

Salam semua...

Hari ini nak cerita sedikit tentang shooping time di Jusco Perda, Pulau Pinang. Semalam 6hb September bukan main lagi plan dengan kwan sorang nie namanya Mat Kot, nak keluar awal lepas solat jumaat,,tapi nak dijadikan cerita, jam 6 petang baru kami gerak ke Penang dari Kedah nie....hehe

Ermm dalam kereta plak bukan main pasang lagu nasyid kuat2 sambil menyanyi bising dengan si Mat Kot tuu...tetibe, while on travelling, mat kot plak cakap yang die x tahu area mane Jusco tuu dan di mane...haha Aku lagi lah x tahu...kui3

Then teringat aku ada sahabat yang menuntut di UiTM Pulau Pinang, so contact lah die, namanye Rozali...So die cakap nak join, and semestinye die tahu di mane Jusco itu...kui3 Akhirnya kami sampai ke Jusco time magrib tuu..terus g solat dulu di surau Jusco dan terusss Aku dan Mat Kot geledah satu Jusco untuk cari baju2 yang berkenan...cari yang murah2 dah lew...ehhe Penat Zali melayan karenah kami nie sbb die just datang teman je, akhirnye die akur yang kami memang cerewet dalam memilih pakaian,...die pun pergi membawa diri ke sebuah kerusi dekat depan kedai baju tuu dan stay situ sampai kami dah habis shopping...waduh2 hehe

Then aku da dapat baju dan Mat Kot pun bukan main beli sampai 2 pasang baju jgk! ehe...terus kami keluar ke kereta dan bergerak g makan, makan di sebuah kedai makan tepi jalan nie, sedap Koew Teow Tom Yam nye...masammnyee pergghh!!! Terangkat! :p

Then bile semua dah siap makan, kami pun ke kereta tuk pulang....Tiba2, huhu enjin plak xnak hidup... huhu So terpaksalah amik tindakan lain iaitu tolak keretaa...TolaakkK!!!! Tolaaakkk!!! Tolaaakkk!!! hahaa....Mat Kot dan Zali tolak dan aku di dalam kereta dan akhirnyaaaaa....hidup jgk enjin nie haa... huhu segan plak kat diorang... nie laa kereta yang dah lama... hadhuiiii :p

Dah selamat hantar Zali ke UiTM kampusnye tuu... Aku dan Mat Kot pun meneruskan perjalan pulanggg...kui3 di Jusco tadi, sempat lagi posing2 dalam fitting room dengan baju2 bagai kui3



Baju 1.


Baju 2.


Baju 3.



Wednesday, September 5, 2012

3 JENIS UJIAN


Terdapat tiga jenis musibah (walaupun pada dasarnya adalah sama) tetapi ia adalah berbeza berdasarkan kepada keadaan penerima dan bagaimana tindakan yang diambil ketika ditimpa musibah itu.

1. KAFARAH

Berlaku ke atas orang yang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan atau kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.

Maka musibah ini diturunkan sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas di dunia untuk melepaskannya daripada siksaan di akhirat. Musibah ini lebih adalah lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.


Ringkasnya, kafarah adalah "ujian untuk orang baik yang berbuat jahat". Dengan ujian itu, orang baik akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat dan mendapatkan keampunan-Nya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan Kami(Allah) timpakan mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (surah al-Zukhruf 43:48)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini kepada beberapa golongan. Antara mereka ada yang soleh dan ada yang tidak sedemikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik - baik dan bencana yang buruk - buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." (surah al - A'raf: 168)


2. BALA

Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah s.w.t datangkan musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak. Orang yang sebegini akan diseksa dua kali, pertama di dunia dan kedua di akhirat.

Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian kepada "orang jahat yang berbuat jahat". Ummat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum diseksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud : "Maka masing - masing (mereka) Kami seksa disebabkan dosanya, maka antara mereka Kami kirimkan kepadanya hujan batu kerikil dan antara mereka yang ditimpa letupan suara yang menggempakan bumi, dan ada yang Kami tenggelamkan di dalam laut, dan ingatlah, Allah sekali kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (surah al-'Ankabut 29:40)

3. IBTILA'

Musibah yang dikenakan ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan. Musibah ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba- hamba-Nya yang taat. Dengan musibah, mereka mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, pahala bersangka baik dan sebagainya.

Jika tidak diuji, bagaimanakah hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah daripada ALlah? Dengan bentuk ujian inilah ada dalam kalangan rasul yang ditingkatkan kepada darjat 'Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa) - yakni mereka yang paling gigih, sabar, dan tabah ketika menanggung musibah.

Ringkasnya Ibtila' ialah ujian ke atas "orang baik yang melakukan kebaikan". Golongan para Nabi, siddiqin, syuhada dam solihin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila' ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil 'brah dan hikmah daraipanya. Allah s.w.t mengingatkan melaui firman-Nya yang bermaksud :

"Apakah patut kamu menyangka kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu (ujian) penderitaan sebagaimana yang dideritai orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka yang ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan mereka diancam bahaya sehinggalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya merintih : 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?'." (surah al-Baqarah 2:214)

Bagi orang SABAR, Allah menjanjikan : :Sesungguhnya orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab." (surah al-Zumar 39:10)

Bagi orang yang SYAHID, maksud sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Orang yang terbunuh di jalan Allah (syahid) dihapuskan segala dosa melainkan hutang." (Riwayat Muslim no.4992)

NEW SONG IS COMING

Alhamdulillah, sudah selesai proses penyusunan muzik untuk lagu baru yang berjudul "Solatuwassalam" insyaAllah. Jadi sekarang nie saye dan Abang Suhaimi Saad (Ex-Inteam) sedang masing2 training dan make preparation untuk proses Recording sebabnye saye sekrang nie masih lagi dalam mood cuti. InsyaAllah dalam hujung bulan nie (September), jika tiada ape2 yang menghalang, akan siaplah recording tuuu nanti dan take time jugak nak keluar pun. :)

Untuk pengetahuan semua, untuk lagu nie saya akan feat dengan Suhaimi Inteam tu. Masing2 dah dengar lagu nie yang dah di demokan oleh Bazli UNIC, dan INTERESTING! :) Jadi, semuanye akan berjalan di bawah pengurusan UNIC Records InsyaAllah, dan Bazli akan menjadi orang penting dalam semua proses nie...juga Along Exists juga merupakan orang penting dalam penyusunan muzik.

Sekarang nie x sabar2 rasanye nak recording cepat2 moga ALLAH permudahkan semuanya dan diberikan kesihatan bagi keseluruhan untuk mendapatkan hasil yang baik, insyaAllah :)


Suhaimi Saad (In-Team)


Bazli UNIC

"Semoga usaha yang baik ini akan membuahkan hasil yang baik dan diberkati. Ameen"


PHOTO SHOOTING

Assalamu'alaikum semua. Agak lama x update blog nie.Alhamdulillah sekarang dah ada juga news2 yang baru. Tapi dalam post lain lah yew.... Saje nak kogsi kan gambar2 time shooting saje2 aritue dengan kawan2.... Untuk pics baru jer... :)






 
Blogger Templates