Thursday, April 12, 2012

16 Mei hari guru : Hari Konvokesyen Ku

Seronok sebenarnya bila dengar "Dah Nak Konvo!". hihi Nak citer sedikit semangat yang dah berkobar-kobar tak sabar nak konvo nie,.. Alhamdulillah selepas 3 tahun berhempas pulas untuk diploma, akhirnya aku dah tamat Diploma Sains Komputer di UiTM Kedah dengan jayanya dan akan hadir majlis konvokesyen pada 16 Mei 2012 nanti di Dewan Canselor Tuanku Agong, UiTM Shah Alam. ;)

Sekarang nie sedang belajar untuk mengahbiskan Ijazah dalam bidang Pengkomputeran netsentrik, memang bidang kegemaran aku dan pilihan utama. Nak dijadikan cerita, 16 Mei, mengingatkan aku pada kenangan2 di sekolah lama dulu. Rindu nak jumpa kawan2 dan cikgu2 semua, tukar2 hadiah dan macam2 lagi sebab itu le hari keramat Hari Guru. Dan pengalaman aku berucap sebagai wakil pelajar di hari guru di SMK Tunku Putera, Baling sangat bermakna bagi diri aku.

Dan tahun nie, asyik seronok cikgu2 di seluruh Malaysia menyambut hari guru, aku di sini akan gembira dengan hari kemenangan diploma. hehe Yang paling aku seronok sebab mak aku akan hadir nanti...tapi aku sedih sebab arwah abah aku xde...Aku yakin dan pasti, die lah orang yang akan menangis bila tngok anak die nie mendapat sesuatu kejayaan dan aku pernah tengok abah aku mengalirkan air mata. Rindu nak jumpa abah tapi memang masa nie tak akan boleh berpatah balik. Yang penting sekarang, aku sentiasa mendoakan mak dan abah aku bahagia dunia akhirat. ;) So x sabar nak konvo...untuk kawan2 yang sama tarikh, nanti kita lompat ramai2 yaa hehe ;)

Nie le gambar dewan UiTM aku! Sangat cantekk dan aku akan konvo di sini...hihi




0 comments:

 
Blogger Templates