Wednesday, April 11, 2012

Kisah Seni Dalam Diri


"Nak Jadi Anak Seni!"

“Menjadi seorang anak seni adalah impianku”
. Tu le ayat yang aku ingat dari aku kecik sampai sekarang. Aku nie seorang insane biase2 jer…Mencuba sesuatu yang baru, itulah diri aku yang sebenar. Dalam hidup kite nie, if kite tidak mencuba sesuatu yang baru, sampai bila pun diri kite tak akan maju. It it true!. Pada usiaku 10 tahun, maka bermulalah kisah hidup aku yang membuatkan aku ingin menjadi seorang anak seni yang berjaya. Sejak kecil abah dan mak aku dah bagi sokongan untuk aku aktif dalam pertandingan2 yang dianjurkan di sekolah, tak kira lah pertandingan tu berbentuk keislaman mahupun tak. Asal ade peluang je, aku masuk, asal aku masuk je, ade la peluang nak MENANG! Hehe… nak dijadikan cerita, bakatku untuk menjadi seorang yang kretif bermula dengan pertandingan syair dan bercerita di sekolah rendah, SK Teloi Timur, Kuala Ketil, kedah, Malaysia, Bumi. Huh!

Sekali terjebak dengan pertandingan2 bagai tuu, memang susah nak berhenti….tambah2 pulak aku yang jenis susah nak berhenti bercakap nie, haa sape yang ade kat depan aku kena la berkorban jiwa raga untuk ikhlas mendengar ape saje yang aku nak cakap. Hehe bila dah mula aktif di sekolah dengan pertandingan syair dan bercerita tu, aku pun nak cuba berpidato pulak. Alik2 menang juga pidato tu, so nampaknya aku harus kembang kan sayap pidato, syair dan bercerita aku tu..*berfikir sejenak.. mak aku ni seorang yang sangat mendorong dan membantu dan abah aku pulak always bagi sokongan moral dan duit. Lepas pada pidato, aku pun nak try masuk nasyid dan tilawah al-Quran. Nak dijadikan cerita, sekali je Allah nak kite menjadi orang yang menyampaikan dakwah-Nya di muka bumi, maka selamanya kita akan menjadi pendakwah tak kira le dalam bentuk cmne pun,asalkan berdakwah..kan??? Oppss! Back to the point, aku pun mula aktif nasyid dan tilawah sejak aku umur 10 tahun tu jugak.

Aku melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun 2003 di SMK Teloi Kanan dan setiap tahun aku mesti masuk pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Menang tak menang tu belakang cerita, yang penting SEMANGAT nak masuk tu..hehe erm bila dah aktif bidang tuu, aku pun try lagi benda baru, bersyarah pulak. Alik2 menang syarahan pulak, try lagi Khat jawi, menang jugak, try lagi pidato, menang jugak,..Ya Allah…besar sungguh rezeki Mu.! Apa yang aku ingat, semua yang aku masuk, aku ikhlas dan betul2 usaha untuk mencapai kejayaan…dan ALLAH pasti tolong dan berada dengan kita. Pernah dulu aku kena COP “Pak Lebai” sebab aku memang dok pakai lebai pi sekolah dari bangku sekolah sampai la ke Universiti. Hehe Sekarang nie aku dah aktif banyak benda, jadi aku kena stabilkan akademik aku sbb if tak nanti terabai dan lingkup habis…dowh!  Aku nye matapelajaran kegemaran adalah matematik dan BI time sekolah menengah dulu, haa 1 lagi bahasa Arab. Dan subject2 nie jugak la yang aku selalu dapat markah tinggi dan ade la jugak sikit2 anugerah dari pihak sekolah tu..hehe *bukan nak bangga tapi nak cter jaa..

Habis je pengajian di tingkatan 3, aku pun bertekad nak pergi ke sekolah menengah teknik sebab aku minat pertanian time tuu dank at umah aku boleh kata semua pokok2 bunga aku yang tanam! Haha… tapi disebabkan aku sayang abah aku jugak, maka aku turut saja katanya yang nak aku amik aliran sains dan sekarang nie baru aku tahu kenapa abah aku nak aku amik sains. L huk2 xnak citer pasal akademik, nak cter pasal seni jaa…then aku pun berpindah ke sekolah lain, SMK Tunku Putera, Baling, Kedah. kat sekolah nie lah paling banyak dan serabut aktiviti dan pertandingan aku dengan nasyid, pidato BM, pidato BI, sukan, syarahan, debat Melayu dan BI, forum, pantun, pertadingan memasak, dikir barat, sajak, koir, menyanyi, khat jawi, kuiz agama, dan jawatan2 di sekolah dan asrama. Memang hidup macam nie seronok bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi sesetengah yang lain. Macam aku nie suka hidup yang selalu sibuk sampai kadang2 orang tanya “macam mane hang susun masa hang nak belajar, nak aktif2 smua tuu??”. Jawapan aku, “Ntah!” haha… aku main redah jer, asalkan aku x lingkup tebalik sudah..kui3 Alhamdulillah smpai sekarang nie pun Allah masih lagi membimbing aku dengan baik, moga2 smpai ke akhir hayat nanti pun baik jugak..Eh macam dah nak habis pulak…kui3

Habis je aku exam SPM, aku masuk ke form 6 kejap di SMK Baling, tapi sekerat jalan jaa sebab dapat tawaran masuk UiTM Kedah, Diploma in Computer Science..impian nak masuk UIAM, tapi rezeki di UiTM, Alhamdulillah… J di UiTM Kedah, Merbok, pun aku aktif jugak sampai diundi menjadi bendahari kehormat MPP sesi 2010/2011. Aku terima seadanya…ekeke :-p kenangan manis di UiTM tuu aku dapat classmates yang mmang best sampai sekarang laa…dan aku tubuhkan kumpulan nasyid Voice of Virtue yang sangat banyak kenangan manis dengan members nasyid yang lain. Hihi rindu je kat diorang! Dan Alhamdulillah aku dah menulis beberapa buah lagu dan setengah daripadanya dah pun masuk recording. Amen. Menjelangnya tahun 2012, aku pun dah tamat Diploma dan dah mendaftar sebagai mahasiswa Ijazah dalam bidang Netcentric Computing. Pasnie main giler2 dengan system pulak laa…heeh tapi nasyid tetap nombor 1 dalam jiwa aku.! Sebab tu la inspirasi mak dan ayah aku… J dan juga keluarga aku yang selama nie banyak menyokong karier aku sebagai seorang penasyid dari bangku sekolah smpai lah sekarang. Dan Alhamdulillah lagi, rezeki Allah, aku dah pun record 1 lagu single berjudul “Cita dan Harapan” yang digubal lirik oleh Atie (Hijjaz Records Publishing), lagu oleh Bazli UNIC dan aku sebagai penyanyi nya. Hehe

Sekarang aku sebagai seorang pelajar ijazah di UiTM Shah Alam dan aku juga seorang penyanyi nasyid di sini, dan single ini juga telah masuk ke corong2 radio di Indonesia, Alhamdulillah. Sekarang nie sibuk dengan penulisan lagu2 baru, pelajaran, dan rindu nak balik kedah bila dan lama2 di Selangor nie…hehe Cita2 aku nak menjadi seorang Pensyarah yang berjaya di UiTM, dan aku nak mengajar di UiTM Kedah sebab dekat dengan mak aku, lagipun abah aku dah meninggal tahun 2009 aritu..Love You Abah! J I will always remember you,..dan sekarang aku nak stay dengan mak pulak.. sebab tu nak amik dekat2 je…hehe dan akak aku advice suruh aku apply keja di Bank, mane tahu ade rezeki kan, mane dating je aku cekau! Hehe sebab kite hari nie kena pandai cari peluang dan rebut peluang tu.. J ermm berbalik kepada bidang seni aku, walaupun aku seorang computerian, dan aku sedang focus di dalam bidang programming, tapi pada masa yang sama aku juga focus pada bidang nyanyian nasyid aku haaa, aku juga menulis lirik dan mencipta lagu. Alhamdulillah sekarang aku dah mula untuk menjejakkan kaki secara serius dalam bidang nie, dan aku harap semua orang yang mendengar lagu2 aku tuu, akan terhibur dan mendapat intipati ape yang aku nak sampaikan J huh! Panjangnya aku tulis sampai x tahu dah berape patah perkataan…cukup lah sekadar tu dulu, nanti sambung lagi yaa…hehe sape2 yang terbaca mesti ade persamaan di antara kita walaupun x banyak kn…if x same xpe laa..kui3 J bye3

0 comments:

 
Blogger Templates