Saturday, April 14, 2012

Konsert Anugerah Nasyeed.com 2012

Salam semua... Alhamdulillah hari nie 14hb April aku dapat hadirkan diri dengan sempurna ke Dewan Muktamar Pusat Islam, KL, tuk program Konsert Anugerah Nasyeed.com yg diwarwarkan haa... ;) Memang best, live recording... Ade opening show yang sangat mantap, dari kumpulan Dendang Anak, family Muadz, MESTICA, Muadz, Far-East, dan yang paling best adalah RAIHAN...mmang mantap diorang nye show...dah pelbagaikan kreativiti tuu. Aku teruja sangat sebab aku dok sit depan sekali dengan kwan sorang lagi ha, Alam Shah. hihi Sit depan bersama artis2 dan Al-Fadhil2 yang lain. 


Bermula dari Shah Alam, kami bergerak ke Puchong ke umah akak aku, saje singgah...tapi memang nak singgah pun untuk amik baju. Then dari Puchong ke KL,...di pertengahan jalan, STUCK pulak la bawah jejantas hampir2 dengan midValler megamall tuu sebab hujan...kui3 Tak ape, semua tuu ujian, hikmah, nikmat dan hidayah dari Allah. 


Agak dah berhenti hujan tuu, kami pun meneruskan perjalanan...eh lupe nak gtau yang motor disponsor oleh kwan sorang lagi,..classmate! hehe Akhirnya perjalanan terjawab apabila dah sampai ke Pusat Islam, TV Al-Hijrah... Awal giler sampai, elok2 sampai je azan zohor pun berkumandang, terus pecut ke masjid negara untuk jemaah di sana.... Dari Masjid Negara, kami naik balik ke Pusat Islam, then turun balik, then naik balik, then turun balik...haha mencari kafeteria @ kedai makan rupanye...kui3 Bukan ape, banyak je restoran kat jalan2 haa, tapi malas nak ke luar sangat sebab takut kang salah masuk jalan, sesat lak di bandar serabut tu..kui3 :p


Then Alam pun decided untuk pergi makan di gerai makanan berhadapan dengan IPD Bukit Aman tu, betul2 dengan pintu masuk utama haa...sedap jugak nasi, ayam masak kicap pedas2 gitu dan air asam! sedap! So no wonder...hehe Lepas kenyang makan nasi, terus kami ke Pusat Islam untuk amik pas masuk yang aku menang tu...kui3 Dah amik tuu, kami pun terus ke Planetarium, x masuk pun sebab macam boring jaa...haha.. Then terus ke Taman Haiwan2 kat atas bukit tuu haa, pun x masuk jugak sebab memang tak budget pun nak masuk, just ronda2 saja... ;)


Dah agak boring kat atas tuu, kami pun turun laa ke Masjid Negara balik, kat situ sempat tidur nyenyak lebih kurang 2 jam lebih...Fuuhh!!! ahha boring punya pasal dok tunggu jam pkul 8 malam nak masuk dewan konsert...ehhe Akhirnya berakhir jugak konsert nasyeed tuu dengan jayanya.. TAHNIAH buat Nasyeed.com sebab berjaya menganjurkan program yang Best! Terbaik! Islamik! dan yang penting, saya minat Nasyeed dan Nasyeed.com! ;) heheh


Nie ade sikit gambar, xleh banyak sebab bateryy phone dah nak mati time nie, dan kamera pun x bawa...kui3


susun atur instrumental oleh ajk

masih lagi bersiap2

kumpulan Far-East @ SALAM dngan lagu tamil

Geng Dendang Anak..! Power!

RAIHAN jugak last and best sngat sebab unik! :)

Thank You ALLAH! :)

Ustaz Amal dengan mak cik yang selalu nontonya di TV :)

Eh2, sape plak nie..??? kui3... :) Gambar last nie lah yang sempat
Aku snap bersama artis MESTICA, pastu terus baterry nyawa2 ikan...kui3

Friday, April 13, 2012

Mee Udang Limpah

Makan Malam : Mee Udang Limpah


Haaa, malam nie aku nak cerita sikit pasal Mee Udang Limpah yang xtau laa melimpah ke tak... Nak dijadikan cerita, aku kat Shah Alam nie dok kolej, so makan pun kadang2 tuu pegi makan dekat Seksyen 7, dan kat situ ade kedai makan Cinta Sayang yang macam kat Sungai Petani, kedah tuu... So first time try makan kat situ, nampak macam menarik je Mee Udang Limpah nie, so aku order laa.... Sekali order, sampai sekarang if aku pegi makan dekat situ, aku akan order mee nie laa, tak makan nasi pun. hehe

Ape yang membuatkan aku order mee nie saja..??? Sebab udangnya tuu...aku suka main kupas2 kulis udang dan time tuu baru rasa puas..haha Mee nie malam2 makan baru best, tambah lak makan ramai2.... Tapi harus diingat sebab mee macam nie ramai ja boleh buat, tapi sedap tak sedap tuu memang banyak yang buat tapi tak sedap...sebab kuah nyaa.... Kuah tuu sangat penting! *ggrr haha Mee yang nie kuah nye sedap,rasa keaslian macam di Kedah tuu..hehe Selain dari Mee nie, aku suka laksa jugak. Laksa tu one omy favorite foods la jugak. Sorry dah tercampur aduk bahasa, yang penting aku happy! *bukan penting diri...hehe

So, sape2 lagi yang terbaca entry nie, dan masih belum pernah cuba lagi mee udang limpah nie, try lah yaa, if sedap, sedap laa, if tak sedap...Tak Perlu Kata Apa2...Senyum...hehe Sebab pendapat dan citarasa kite semuanya berbeza...So, Try! :)

(LIVE) Keputusan Penuh Anugerah Nasyeed.Com 2012

Keputusannya :


Alhamdulillah... Jeng Jeng Jeng!!! Keputusan dah ade...! Jom tengok :

Kategori: Nasyeed Cinta
Pemenangnya:
  1. Cuba Berikan – Ammar Hamdan
  2. Kerana Cinta – Mestica & Inteam
  3. Lagu Cinta – Varianz
  4. Saat Lafaz Sakinah – Far East
  5. Setia Seorang Isteri – Wildan
Kategori: Nasyeed Amar
Pemenangnya:
  1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees
  2. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
  3. Menuju Wawasan – UNIC
  4. Patah Hati – Saujana
  5. Syahadah – Rabbani
Kategori: Nasyeed Munajat
Pemenangnya:
  1. Layar Keinsafan – Mestica
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Menanti Di Barzakh – Far East
  4. Pergilah Dunia – Varianz
  5. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
Kategori: Nasyeed Perjuangan
Pemenangnya:
  1. Kembali Gemilang – Mestica
  2. Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
  3. Inikah Petanda – Rabbani
  4. Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  5. Mungkinkah – Asyraf
Kategori: Nasyeed Sirah
Pemenangnya:
  1. Salahuddin Al-Ayyubi – Mestica
  2. Sumayyah – Hijjaz
  3. Balqis – UNIC
  4. Ansar Muhajirin – Mu’adz
  5. Bilal Bin Rabah – All One
Kategori: Nasyeed Selawat
Pemenangnya:
  1. Binnabil Huda – UNIC
  2. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Insan Terulung – R-iF
  5. Nur Muhammad – Inteam & UNIC

Untuk kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan dan Nasyeed Selawat, pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com telah berbesar hati memberi peluang kepada para peminat untuk mengundi lagu dan artis pilihan mereka mulai 9 Mac 2012 hingga 8 April 2012.
Bagi kategori Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Video Klip Terbaik dan Anugerah Khas Khalifah Nasyeed, penilaian akan dibuat dan diadili oleh juri-juri professional yang berpengalaman luas dalam industri muzik tanahair.
Kategori: Lagu Terbaik
Pemenangnya:
  1. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
  2. Dia Muhammad – Inteam (Komposer & Lirik: Frizdan)
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
  4. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
  5. Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
  6. Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
Kategori: Susunan Muzik Terbaik
Pemenangnya:
  1. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Jauh – Mirwana
  5. Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy
Kategori: Vokal Terbaik
Pemenangnya:
  1. Mahabbah – Rabbani
  2. Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  4. Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
  5. Nurul Iman – Rabbani
Kategori: Lirik Terbaik
Pemenangnya:
  1. Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
  2. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
  3. Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
  4. Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
  5. Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)
Kategori: Video Klip Terbaik
Pemenangnya:
  1. Patah Hati – Saujana
  2. Jauh – Mirwana
  3. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
  4. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  5. Layar Keinsafan – Mestica
TAHNIAH buat semua yang menang dah tak bermakna yang tak menang tuu tak best. Semua best2, mungkin ianya dinilai dari pelbagai sudut, yang penting semua ape kita buat, kite berdakwah, di atas niat yang betul... ;)

So tak ade ape dah nak tambah... ;) Sekian...hihi

Thursday, April 12, 2012

16 Mei hari guru : Hari Konvokesyen Ku

Seronok sebenarnya bila dengar "Dah Nak Konvo!". hihi Nak citer sedikit semangat yang dah berkobar-kobar tak sabar nak konvo nie,.. Alhamdulillah selepas 3 tahun berhempas pulas untuk diploma, akhirnya aku dah tamat Diploma Sains Komputer di UiTM Kedah dengan jayanya dan akan hadir majlis konvokesyen pada 16 Mei 2012 nanti di Dewan Canselor Tuanku Agong, UiTM Shah Alam. ;)

Sekarang nie sedang belajar untuk mengahbiskan Ijazah dalam bidang Pengkomputeran netsentrik, memang bidang kegemaran aku dan pilihan utama. Nak dijadikan cerita, 16 Mei, mengingatkan aku pada kenangan2 di sekolah lama dulu. Rindu nak jumpa kawan2 dan cikgu2 semua, tukar2 hadiah dan macam2 lagi sebab itu le hari keramat Hari Guru. Dan pengalaman aku berucap sebagai wakil pelajar di hari guru di SMK Tunku Putera, Baling sangat bermakna bagi diri aku.

Dan tahun nie, asyik seronok cikgu2 di seluruh Malaysia menyambut hari guru, aku di sini akan gembira dengan hari kemenangan diploma. hehe Yang paling aku seronok sebab mak aku akan hadir nanti...tapi aku sedih sebab arwah abah aku xde...Aku yakin dan pasti, die lah orang yang akan menangis bila tngok anak die nie mendapat sesuatu kejayaan dan aku pernah tengok abah aku mengalirkan air mata. Rindu nak jumpa abah tapi memang masa nie tak akan boleh berpatah balik. Yang penting sekarang, aku sentiasa mendoakan mak dan abah aku bahagia dunia akhirat. ;) So x sabar nak konvo...untuk kawan2 yang sama tarikh, nanti kita lompat ramai2 yaa hehe ;)

Nie le gambar dewan UiTM aku! Sangat cantekk dan aku akan konvo di sini...hihi




Majlis Makan Malam Bersama menteri besar Negeri Sembilan

Salam semua... Alhamdulillah rezeki ALLAH, aku diberikan peluang dan rezeki untuk mendayung bahtera program Makan Malam Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC) 20hb April 2012 nie. Jadi di sini aku dah boleh membuka peluang untuk aku teruskan bakat dan hobi disamping aku seorang pelajar di UiTM nie..


Actually program ini anjuran bersama Persatuan Waris Adat Perpatih, UiTM Malaysia dan Yayasan Negeri Sembilan dengan belajawan yang sangat besar..wow! Terpegun kejap. Sebab pada malam itu nanti, semua anak2 negeri kelahiran negeri sembilan yang berjaya (mahasiswa) akan diberikan anugerah mengikut kategori dan seramai 70++ orang bakal menerima anugerah malam tu nanti. Jadi, aku selaku EmCee malam itu nanti akan bergandingan dengan seorang lagi EmCee hebat perempuan, Atira namanya, kami akan mengemudi majlis tersebut dengan baiknya insyaAllah...


Jadi, bertemakan batik dan korporat, aku dan Atira akan pakai baju batik warna purple. Naseb la memang ade baju batik purple...hehe InsyaAllah untuk sape2 yang di luar sana, if ade perlukan khidmat pengara majlis untuk apa jua majlis, boleh lah hubungi saya,. Disamping mengacara majlis, boleh juga saya kongsikan beberapa pengalaman sepanjang mengendalikan pelbagai program2 lain sebelum ini sama ada berbentuk islamik, riadah, sosial mahupun formal.


Tetiba teringat zaman2 menjadi Emcee dan pembaca doa time di UiTM Kedah dulu, nak tunjuk sikit gambar...hehe






Dan banyak lagi pengalaman dalam bidang nie, cumanye gambar x berape nak ok, so xyah la publish..hehe :)
By the way, If ade ape2 info, let me to know. :)

PAS MASUK PERCUMA KE KONSERT ANUGERAH NASYEED.COM



Bercakap je pasal Anugerah Nasyeed.com yang bakal diadakan nie, pihak penganjur, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, dengan berbesar hati memberi peluang kepada kita semua untuk mendapatkan tikat percuma untuk masuk ke Konsert Anugerah Nasyeed 14hb Arpril 2012 nanti!! Nak dijadikan cerita, aku lah antara orang yang menang dan dapat pas masuk percuma tuu...hehe dapat dua, dan aku ajak sorang lagi kawan nasyeed yang disayangi jugak.. :) Alam namanya. Bukan Alam semesta yaa, dan bukan Shah Alam, Selangor, tapi Alam Shah bin Khodip. Dia juga merupakan salah seorang vokalis kumpulan nasyeed Voice of Virtue sejak dari UiTM Kedah lagi. So pada yang masih x dapat tiket tuu, usaha2 lah, insyaAllah ade nye.....rezeki tuu! :O

Camne caranya..???? Haa, macam nie... 


  1. Klik LIKE di Page Nasyeed.Com (www.facebook.com/nasyeedcom)
  2. UNDI lagu pilihan anda untuk Anugerah Nasyeed.Com mengikut kategori yang dipertandingkan.
  3. Lengkapkan slogan: “Saya menyokong Anugerah Nasyeed.Com & Carta Nasyeed.Com kerana…. ” Tidak melebihi 21 patah perkataan.
  4. Emailkan Nama, No Telefon & No Kad Pengenalan anda ke karnival@nasyeed.com .

So kawan yang memang berminat tuu, jangan lepaskan peluang tau...bukan senang nak masuk free, hehe Jumpa Di Sana! :) bye2



Wednesday, April 11, 2012

BINGKISAN TAFSIRAN

Kali nie aku nak ceritakan sedikit bakat bersajak yang aku ada. Tak de la sehebat A.Samad Said dan xde lah seburuk Mr.Bean, hihi...Ape yang penting, ape yang nak kite sampaikan itu bermakna dan orang faham ape sebenarnya aku nak sampaikan. Kadang2 susah jugak berpuitis habis air liur, last2 orang x faham,..adhuii...a.p.t.b dowhh! hehe Tapi kali nie aku serius, di satu malam tuu, aku memang sedih dan aku meratapi kesedihan tuu sorang2...Punca aku sedih korang x perlu tahu sekarang...sebab if dah tahu, x payah lagi hayati sajak aku di bawah nie, hehe... So aku coretkan dari hati ke kertas, maka tercalitlah sebuah puisi "Bingkisan Tafsiran" yang bakal menyelubungi misteri hidup anda...cewaahh! hihi hayati ya kwan2, penat aku coretkan nih..kui3

"Bingkisan Tafsiran"




CITA DAN HARAPAN

“Cita dan Harapan”, itu le tajuk lagu single aku yang sulung. Hehe Alhamdulillah sepanjang hidup aku, impian aku untuk mencipta lagu, menyanyi lagu dan menggubal lirik dah makin menyinar. Even aku bukanlah seorang artis macam artis2 nasyid di luar sana, tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku dapat cabar segala bentuk halangan yang ada dalam diri aku sendiri sebab bagi aku, cabaran paling besar dalam apa jua yang kita lakukan adalah DIRI kita sendiri.

Nak dijadikan cerita, lagu Cita dan Harapan akhirnya terukir dan aku diberi rezeki oleh Allah untuk menjadi penyanyi bagi lagu nie…Sape yang xnak kan??? Hihi Aku record lagu nie dibawah unic records dan Alhamdulillah lagu nie pun diputarkan di stesen2 radio di Indonesia, di Malaysia cmne..??? InsyaAllah akan diusahakan untku dimainkan di Malaysia jugak! Buat yang banyak member sokongan tuu, Aku ucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah menjaga kita semua dengan baik hingga akhir hayat yaa…ameen. So aku nak kongsi2 lagu aku nie… hehehe

Dengar yaa!



Kisah Seni Dalam Diri


"Nak Jadi Anak Seni!"

“Menjadi seorang anak seni adalah impianku”
. Tu le ayat yang aku ingat dari aku kecik sampai sekarang. Aku nie seorang insane biase2 jer…Mencuba sesuatu yang baru, itulah diri aku yang sebenar. Dalam hidup kite nie, if kite tidak mencuba sesuatu yang baru, sampai bila pun diri kite tak akan maju. It it true!. Pada usiaku 10 tahun, maka bermulalah kisah hidup aku yang membuatkan aku ingin menjadi seorang anak seni yang berjaya. Sejak kecil abah dan mak aku dah bagi sokongan untuk aku aktif dalam pertandingan2 yang dianjurkan di sekolah, tak kira lah pertandingan tu berbentuk keislaman mahupun tak. Asal ade peluang je, aku masuk, asal aku masuk je, ade la peluang nak MENANG! Hehe… nak dijadikan cerita, bakatku untuk menjadi seorang yang kretif bermula dengan pertandingan syair dan bercerita di sekolah rendah, SK Teloi Timur, Kuala Ketil, kedah, Malaysia, Bumi. Huh!

Sekali terjebak dengan pertandingan2 bagai tuu, memang susah nak berhenti….tambah2 pulak aku yang jenis susah nak berhenti bercakap nie, haa sape yang ade kat depan aku kena la berkorban jiwa raga untuk ikhlas mendengar ape saje yang aku nak cakap. Hehe bila dah mula aktif di sekolah dengan pertandingan syair dan bercerita tu, aku pun nak cuba berpidato pulak. Alik2 menang juga pidato tu, so nampaknya aku harus kembang kan sayap pidato, syair dan bercerita aku tu..*berfikir sejenak.. mak aku ni seorang yang sangat mendorong dan membantu dan abah aku pulak always bagi sokongan moral dan duit. Lepas pada pidato, aku pun nak try masuk nasyid dan tilawah al-Quran. Nak dijadikan cerita, sekali je Allah nak kite menjadi orang yang menyampaikan dakwah-Nya di muka bumi, maka selamanya kita akan menjadi pendakwah tak kira le dalam bentuk cmne pun,asalkan berdakwah..kan??? Oppss! Back to the point, aku pun mula aktif nasyid dan tilawah sejak aku umur 10 tahun tu jugak.

Aku melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun 2003 di SMK Teloi Kanan dan setiap tahun aku mesti masuk pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Menang tak menang tu belakang cerita, yang penting SEMANGAT nak masuk tu..hehe erm bila dah aktif bidang tuu, aku pun try lagi benda baru, bersyarah pulak. Alik2 menang syarahan pulak, try lagi Khat jawi, menang jugak, try lagi pidato, menang jugak,..Ya Allah…besar sungguh rezeki Mu.! Apa yang aku ingat, semua yang aku masuk, aku ikhlas dan betul2 usaha untuk mencapai kejayaan…dan ALLAH pasti tolong dan berada dengan kita. Pernah dulu aku kena COP “Pak Lebai” sebab aku memang dok pakai lebai pi sekolah dari bangku sekolah sampai la ke Universiti. Hehe Sekarang nie aku dah aktif banyak benda, jadi aku kena stabilkan akademik aku sbb if tak nanti terabai dan lingkup habis…dowh!  Aku nye matapelajaran kegemaran adalah matematik dan BI time sekolah menengah dulu, haa 1 lagi bahasa Arab. Dan subject2 nie jugak la yang aku selalu dapat markah tinggi dan ade la jugak sikit2 anugerah dari pihak sekolah tu..hehe *bukan nak bangga tapi nak cter jaa..

Habis je pengajian di tingkatan 3, aku pun bertekad nak pergi ke sekolah menengah teknik sebab aku minat pertanian time tuu dank at umah aku boleh kata semua pokok2 bunga aku yang tanam! Haha… tapi disebabkan aku sayang abah aku jugak, maka aku turut saja katanya yang nak aku amik aliran sains dan sekarang nie baru aku tahu kenapa abah aku nak aku amik sains. L huk2 xnak citer pasal akademik, nak cter pasal seni jaa…then aku pun berpindah ke sekolah lain, SMK Tunku Putera, Baling, Kedah. kat sekolah nie lah paling banyak dan serabut aktiviti dan pertandingan aku dengan nasyid, pidato BM, pidato BI, sukan, syarahan, debat Melayu dan BI, forum, pantun, pertadingan memasak, dikir barat, sajak, koir, menyanyi, khat jawi, kuiz agama, dan jawatan2 di sekolah dan asrama. Memang hidup macam nie seronok bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi sesetengah yang lain. Macam aku nie suka hidup yang selalu sibuk sampai kadang2 orang tanya “macam mane hang susun masa hang nak belajar, nak aktif2 smua tuu??”. Jawapan aku, “Ntah!” haha… aku main redah jer, asalkan aku x lingkup tebalik sudah..kui3 Alhamdulillah smpai sekarang nie pun Allah masih lagi membimbing aku dengan baik, moga2 smpai ke akhir hayat nanti pun baik jugak..Eh macam dah nak habis pulak…kui3

Habis je aku exam SPM, aku masuk ke form 6 kejap di SMK Baling, tapi sekerat jalan jaa sebab dapat tawaran masuk UiTM Kedah, Diploma in Computer Science..impian nak masuk UIAM, tapi rezeki di UiTM, Alhamdulillah… J di UiTM Kedah, Merbok, pun aku aktif jugak sampai diundi menjadi bendahari kehormat MPP sesi 2010/2011. Aku terima seadanya…ekeke :-p kenangan manis di UiTM tuu aku dapat classmates yang mmang best sampai sekarang laa…dan aku tubuhkan kumpulan nasyid Voice of Virtue yang sangat banyak kenangan manis dengan members nasyid yang lain. Hihi rindu je kat diorang! Dan Alhamdulillah aku dah menulis beberapa buah lagu dan setengah daripadanya dah pun masuk recording. Amen. Menjelangnya tahun 2012, aku pun dah tamat Diploma dan dah mendaftar sebagai mahasiswa Ijazah dalam bidang Netcentric Computing. Pasnie main giler2 dengan system pulak laa…heeh tapi nasyid tetap nombor 1 dalam jiwa aku.! Sebab tu la inspirasi mak dan ayah aku… J dan juga keluarga aku yang selama nie banyak menyokong karier aku sebagai seorang penasyid dari bangku sekolah smpai lah sekarang. Dan Alhamdulillah lagi, rezeki Allah, aku dah pun record 1 lagu single berjudul “Cita dan Harapan” yang digubal lirik oleh Atie (Hijjaz Records Publishing), lagu oleh Bazli UNIC dan aku sebagai penyanyi nya. Hehe

Sekarang aku sebagai seorang pelajar ijazah di UiTM Shah Alam dan aku juga seorang penyanyi nasyid di sini, dan single ini juga telah masuk ke corong2 radio di Indonesia, Alhamdulillah. Sekarang nie sibuk dengan penulisan lagu2 baru, pelajaran, dan rindu nak balik kedah bila dan lama2 di Selangor nie…hehe Cita2 aku nak menjadi seorang Pensyarah yang berjaya di UiTM, dan aku nak mengajar di UiTM Kedah sebab dekat dengan mak aku, lagipun abah aku dah meninggal tahun 2009 aritu..Love You Abah! J I will always remember you,..dan sekarang aku nak stay dengan mak pulak.. sebab tu nak amik dekat2 je…hehe dan akak aku advice suruh aku apply keja di Bank, mane tahu ade rezeki kan, mane dating je aku cekau! Hehe sebab kite hari nie kena pandai cari peluang dan rebut peluang tu.. J ermm berbalik kepada bidang seni aku, walaupun aku seorang computerian, dan aku sedang focus di dalam bidang programming, tapi pada masa yang sama aku juga focus pada bidang nyanyian nasyid aku haaa, aku juga menulis lirik dan mencipta lagu. Alhamdulillah sekarang aku dah mula untuk menjejakkan kaki secara serius dalam bidang nie, dan aku harap semua orang yang mendengar lagu2 aku tuu, akan terhibur dan mendapat intipati ape yang aku nak sampaikan J huh! Panjangnya aku tulis sampai x tahu dah berape patah perkataan…cukup lah sekadar tu dulu, nanti sambung lagi yaa…hehe sape2 yang terbaca mesti ade persamaan di antara kita walaupun x banyak kn…if x same xpe laa..kui3 J bye3
 
Blogger Templates