Tuesday, December 31, 2013

Ujian dari ALLAH



Ujian dari ALLAH datang satu demi satu.... Semester lalu, ketika sedang bersiap sedia dengan bekalan untuk menghadapi Final Exam,...mata kiriku mengalami kecelakaan yakni Ujian dari Allah. Mata kiriku semakin kabur kerana ketumbuhan yang disebabkan oleh minyak yang bertakung... Bahaya..! Disebabkan aku pergi berjumpa doktor (Eyes Specialist) awal....

Alhamdulillah, dapat secure, sebab Doktor cakap, masih awal, kalau dah terlalu besar, kena Operate pakai yang laser tuh... tapi untuk pakai laser tuh, tetap kena belah mcm mane pun xtau le dah lupa, so lukanya nanti akan lagi besar dari ketumbuhan,.. Better amik ubat jer lah dulu untuk secure, Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku dapat menjawab Final Exam degnan baik dan dalam keadaan mata yang semakin sembuh.... Walaupun akhir2 sem, terpaksa lah korbankan duit untuk pergi jumpa Pakar Mata, mahal....grr... :) Tapi Alhamdulillah...

Semester nie pula... Mata sebelah kanan,.. sekarang, sekarang dan sekarang time aku sedang menaip entry blog nieh, mata kananku berdarah (bleeding).. :'( Asalnya bangun pagi, terasa seperti ada habuk yang masuk, xtau la camne masuk... Then, makin merah2 dan merah mataku... Sakit... Terasa kasar di dalam mata, dan aku cuba sedaya upaya untuk tengok di cermin dengan harapan everything akan ok, tapi sehari dua hari tak ok2 juga sampai lah sekarang... huhuhu dan sekarang juga musim Final Exam, Allah... Bantulah diriku, mataku tidak selesa begini, hmm nampaknya kena jumpa Pakar lagi lew,... Risau pula,... 

Yang bertambah darah mata nie bukan sebab habuk jer, disebabkan aku tercucuk ibu jari dalam mata gara2 nak suruh roomate titiskan ubat mata... Time nak barang sambil pegang mata, tangan ku terlanggar dinding bilik dan tertekan ke dalam mata,.. Grrrrrrrrrrrr... Cuai Ya Allah... huhu Semoga ALLAH permudahkan urusan ku,... Aku yakin dan pasti, ada hikmah ALLAH yang lebih baik menantiku, Ameen... Semoga Final Exam yang merupakan Exam terakhir ku di UiTM nie inshaAllah akan menjadi Exam yang terbaik ter ter terbaik (baik kata kak ton) sepanjang aku bergelar Undergraduate.. :) Ameen Ya Rabb... :)

0 comments:

 
Blogger Templates